Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

Polaroid oh Polaroid

hehe.... setelah lamanya aku dok mengidam nak mende alah ni, akhirnya di penghujung usia 29 tahun ni barulah aku dapat memilikinya. mmg dari kecik2 lagi dok jelez tgkbebudak jepon amik gam bar, trus kluar. ayooo....dlmati aku dok pikir, apa la nama alah kamera jnis gini ni?? manalah aku nak cari.... tp bbrapa bulan lps mase jalan2 d shopping KK, aku terlihatlah mende ni, ianya seolah2 bersinar2 bak bintang yang bergemerlapan. seolah memanggil2 aku... "datanglah...datanglah....." hehe. bebetul la aku g dekat2 dia, tp takut plak nk tanye harga. aku bajet mmg mahal giler ah.dah le filem dia 10keping pn dah harge rm 25, mesti la "mak" dia lagi mahal.

alkisahnye lagi bln seterusnye aku glagi ke KK n kebetulan mase tu tengah nak beli pouch ngan tripod utk kamera aku NIKON COOLPIX L120 , aku ternampak la polaroid mini nih. n sekaligus aku pon memberanikan diri la bertanya tuan punya kedai ttg harge dia. org kedai tu cakap harge dia RM 299 without film, n filem dia plak RM 30 utk 10 keping. aku dah cukup excited dah sbb harge yang aku expect jauh lbh tinggi. n nasib baik mase tu aku dah ada kamera canggih aku tu (poyo) n aku jugak dah beli tab, so aku ingat nak le bagi kamera ni kat sesatunya adik pompuan buchuk aku (klu mu tgh bace ni mesti mu bangge)...

 Alkisahnye lagi, bila aku survey kat intenet, harge dia lagi murah compare kt KK ni, aku check lam bbrapa website n aku sangkut pada yg d promo lam Mudah yang hargenya hanya RM232 iaitu pakej kamera+filem 10keping+cas penghantaran 12 hengget. kira bila aku campurtolakdarabbahagi... harge yg pos tu lagi murah dr aku bli cni. so...aku pon tanpa segan silu terus order la, n disebabkan keegoan aku, aku nak jugak dapat dulu mende tuh, so aku soh org tu pos pd aku kt sabah ni instead of antar kt adik aku yg d semenanjung. hahahahaha....

tp aku excited betul la sbb dah dapat apa yang dihajati akhirnye. setelah berathun lamenya dok mimpi2 nakkan dia.hahaha.....
 so... ni la gambar kamera2 ku.....

polaroid fujifilm 7s

Nikon Coolpix L120

Wednesday, January 25, 2012

Trust....

Trust...Kepercayaan...Persahabatan...Perhubungan

Aku rase walau dalam apa jenis hubungan pon yg kita bina dgn seseorang, TRUST atau kepercayaan adalah asas bagi menentukan sejauh mana dan serapat mana hubungan itu akan pergi. kadang2 walau sedetik masa perkenalan pon, xmustahil untuk seseorang memberikan kepercayaan yang penuh kepada seseorang yang lain. dan sebaliknya bukanlah sesuatu yang mustahil KEPERCAYAAN ini tidak diberikan sepenuhnya kepada seseorang walau usia perkenalan sudah sangat lama.

dalam erti kata lainnya, sebagaimana perasaan cinta dan kasih sayang, sebegitulah juga hakikatnya dengan KEPERCAYAAN ini.ianya suatu yang sgt subjektif, sangat misteri. kadang2 kita xpernah menyedari bahawa sebenarnya kita mempercayai seseorang itu. dan setelah dikhianati, barulah kita menyedarinya. haiiii...pada mase tue, segalanya yang pernah dikongsikan selama ni, segala yang pernah dilalui selama ni...tidak akan lagi sama seperti dulu. walau mungkin hubungan yg dibina masih lagi boleh kembali terjalin, namun jalinannya tidak lagi akan sekuat dan sekukuh dulu.sebagaimana kata orang

"air yang jernih di dalam bekass yang berdebu...pastinya ia akan jernih kembali, tetapi tidak ak.an sama seperti dulu.."


begitulah juga KEPERCAYAAN Kerana sekali ianya dikhianati, maka pastinya tidak akan kembali seperti dulu..... so, berhati2 jangan sampai ada yang memencilkan diri darimu kerana merasakan KEPERCAYAAN yang diberikan kepadamu telah kau khianati!!!!




Saturday, January 21, 2012

kawan

sekali lagi entri aku berkaitan dengan insan yang bergelar "kawan" ni. xtahu la kenapa...kebelakangan ini kawan-kawan di sekeliling aku semua mcm nk wat perangai...ataukah tu maksudnya aku sebenarnya yg buat perangai secara xsedar??? xtahula... apa yg pasti, hidup aku 2-3 menjak ni memanglah xberapa nak tenteram. siapa??? kenapa??? bagaimana????? adusssssssssssssssss.... ni la jugak persoalan yg selalu main2 kt kepala hotak aku nih sampai buatkan aku rase nak termuntah.

haishhhhhhhhhhhhhhhhhh.... susah jugak kalau takdir aku ni dok berpusing-pusing ke arah yang sama je. asyik dapat kawan yg over segalanya over. over concern, over protective, over sensitive dan kdg kala over acting. asyik2 aku nk kna pujuk. mati la weiiii... ko ingat ko tu ssape?? mak aku??? makcik aku??? laki aku????? tolonglah, kalau ko nk orang jaga ati ko, ko pon stat la jaga ati orang. sikit2 nak merajuk, sikit2 nak merajuk. piiiiirrrahhhhhhhhh. xlarat nak layan!!!!

aku nak jalan ngan kawan xboleh, nk makan kt luar ngan kwn xboleh, nk gbersukan ngan kawan xboleh, pas tu apa je yg boleh???? 24 jam bertempek ngan ko??? dok bwh ketiak ko??? tidur sebantal dan sekatil ngan ko??? TOLONG lah wei.... aku ada hidup aku gak. kenapa ko nak kontrol2, sdgkan aku bkn ko pny puppet. kalau ko pon bleh kluar suka ati ko, knp aku buat ko nak marah??? xpaham btol. klau dah jeles sgt, meh le tukar skolah, masuk satu skolah ngan aku. susah?????

hishhh.... xabis nak marah lagi nih, tp xtahu dah nk beraksi macamana. yg aku tau...mmg hidup kt umah ni 2-3 menjak ni mmg sgt xbest. sesangat sesangat ssangatnye xbest. kalau aku ada kekuatan , mau je aku pindah umah. senang... orang kate kalau kita nk kekalkan hubungan kita sebagai kwn baik, jgn dok satu rmh. dulu aku terpikir gak yg statement tu xbetui...rupanya skanrang baru aku tau, statement mmg teramat tepat!!! nyesal??? xde la sampai ctu kot...sbb klu xtry duduk sama agaknye sampai skang la aku xtau keadaan sebenar, perangai sebenar. hmmm.. xpe la, sabarje la wahai hati. sampai tempohnye nnt ok la menopousnye tu..... hahahaha

OK, dah reda skit marah ni, so....................... chow chi choWWWWWWWW!!!!!

















Wednesday, January 18, 2012

kawan

hari ni aku terasa nak bersentimental sedikit. memang la aku selalu sentimental tambah2 lagi kalau bercakap pasal family atau kawan. sepanjang aku hidup ni, selalu aku dengar macam jenis kata2 yang ditujukan kepada kawan2...ada yang baik dan ada juga yang sebaliknya. dulu2 di masa kecilku, aku sering fikir yang kawan aku mase tu adalah kawan2 yang akan aku bawak sampai mati. sedangkan di setiap peringkat hidup aku, aku terjumpa lagi dengan kawan2 yang baru. sejak dari zaman kanak2, sekolah rendah, middle skul, high skul, chambering, DPLi, praktikal dan akhirnya aku di sini sekarang...yg sedang memegang jawatan guru.

di sepanjang perjalanan ini jugalah, macam2 jenis kawan dah aku jumpa... ada antaranya yang aku kira memang terrrramatlah baik sampai rase sayang sgt bila nk berpisah. ada plak yang jenis bermusim...kalau musim xbetul, perangainya pon ikut xbetul. ada plak yg dia tidaklah begitu rapat dengan aku, tp dia adalah merupakan orang yang paling aku rase selesa to be with.

Kata orang....kawan ketawa senang dicari, tp kawan menangis belum tentu lagi ada. hmmmm... x tahu la aku, kadang2 aku terasa aku ni mungkin bukan berada di kalangan atau golongan kawan yang digemari. adakalanya aku pon xpaham bila seseorang ada ketikanya sangat la kononnya baik ngan aku, tapi kalau ada benda yg gembira2 tidak pulak dia ingatkan aku. tersisih, sakit hati, jeles.... mungkin itu la yg boleh aku simpulkan perasaan aku ketika ini. kadang2 perbuatan sesetengah kawan membuat aku terasa sangat la menyampahkan aku (kami exactly)..hehe.

yg jadikan aku xpuas hati, kalau susah...merengek2 la nk mtk tolong, pinjam itu pinjam ini, mtk temankan, mtk dtumpangkan.. tp kalau ada je benda yg boleh menggembirakan dia walau pon sekelumit, langsung tidak dikhabarkan padaku. kata pepatah ada menyebut "true frens bring out the BEST in each other" tp benda tu xaku jumpai dlm diri kwn aku nih. mgkin tu menunjukkan yg dia ni tdklah se"true" mana dgn aku kot.

walau kdg2 aku nak je pejam mata dari tengok senario2 tu, nak cuba pekakkan telinga dari mendengar cerita2 gembira dorang...ternyata aku kalah. oh Allah...pliz help me. pliz meke the patience in me stronger ang even stronger.... aishhhhhh