Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

fren??? unfren???

salam assalamualaikum... gud evenin' konbanwa

hidup aku sangat xberapa nak best selama 1-2 minggu nih. aku xtau nk ckp apa, mybe mggu nih Allah syg sgt kat aku kot, tu dia bagi dugaan lebih skit. sebab biasenya sblm Dia bg sesuatu dugaan tu pada hambaNya, Dia dah scanning dulu tahap ketahanan jiwa hamba tuh. klu Dia rase orang tuh bleh atasi, baru dia bagi. dan aku rase dia memilih aku utk dugaan nih pon stlh Dia scanning hati aku dulu dan ternyata aku akan Pass dengan cemerlang cuma masalahnya nak lalui tempoh percubaan n dugaan ni je berat skit... apapun aku pasti dan yakin aku akan amat tabah!! Ganbatte!!!!

ceritanya??? hahaha... pasal kisah sekumpulan guru muda+comel (perasan je la tuh)+hensem+baik+terel yang mmg perangainye terrrrrrrrrrrrrrrrsangatlah menyakitkan hati nuraniku yang lembut ini. alkisahnye bermula pada mase program Perkhemahan Unit Beruniform skolah. xtau la knape, nak bergaye xkna tempat. yang sorang xkira mase dtg ngan spek itam, yg sorang mcm artis  kpop, lain palk asyik snap gambar yang kononnya gadis2 cantik. masak langsung xnak tolong, tp sampai time makan tauuuu plak g cari pinggan korek nasik. tu pon habis segala lauk-pauk kami yng memasak+sukarelawan punya dikebas tanpa ada walau sikit pon rase bersalah. xtanya, xoffer, tros ambik ltk kt tgh hidangan dorg. nak cakap "baaanyaaaaaaaaaaakkkkkkkkkk chanteeeeeeeeeeekkkk" kan xbleh, sbb dorg dah mmg prasan cantek.

hari penutup plak bleh wat muka selamber jer dok kat teratak yang jaraknya xsampai 10m dari tempat kami membersih kwsan masak-memasak n cuci segala sisa2+hardware yg dguna utk masak tuh dgn muka selamber, dengan "setia"nya menjadi pemerhati kami sambil makan2 buah epal n bergelak ketawa. tidak wujud perasaan nk tolong sdg kami bertungkus lumus meng"clear" kan tempat tuh. Ya Allah Ya Rabbi.... ada gak manusia camni. sblm ni aku mnyampah gak nagn dorg2 nih, tp dlm sesetengah keadaan je lah. tp kejadia kemping 3 hari nih mmg cukup sampai buat timbul perasaan BENCI la hati aku nih.

yang etrlebih2 lagi, jantan umo 35thn geng dorg post sumthing kat fb n aku dpt tau dr kwn lain, aku pelik gak sbb knp aku tgk kat wall dia cam xde, rupanya di "UNFREN"nya kau. huh!!! ingt aku kesah ko xkwn ngan aku??? mcm la selama 29 thn aku hidup kat dunia nih bergantung kat ko?? BELAAAAAAAAAAHHHHHHH la wei.... xheghan pon aku!!

so, kat sekolah sok, kna la wat muka toyu sbb aku dok area2 dorang2 nih. ayooooooo...kna bnyk layan perasaan la nih sbb xmodgr gelak2 n perlian dorang. tabahlah wahai hati...kejap je tuh, nnt dorg nk gna khidmat, dtg la semula tue.

ok...abis sdh marah n reda dah perasaan... so, see ya !!! jaa matta ne! 

Wednesday, January 25, 2012

Trust....

Trust...Kepercayaan...Persahabatan...Perhubungan

Aku rase walau dalam apa jenis hubungan pon yg kita bina dgn seseorang, TRUST atau kepercayaan adalah asas bagi menentukan sejauh mana dan serapat mana hubungan itu akan pergi. kadang2 walau sedetik masa perkenalan pon, xmustahil untuk seseorang memberikan kepercayaan yang penuh kepada seseorang yang lain. dan sebaliknya bukanlah sesuatu yang mustahil KEPERCAYAAN ini tidak diberikan sepenuhnya kepada seseorang walau usia perkenalan sudah sangat lama.

dalam erti kata lainnya, sebagaimana perasaan cinta dan kasih sayang, sebegitulah juga hakikatnya dengan KEPERCAYAAN ini.ianya suatu yang sgt subjektif, sangat misteri. kadang2 kita xpernah menyedari bahawa sebenarnya kita mempercayai seseorang itu. dan setelah dikhianati, barulah kita menyedarinya. haiiii...pada mase tue, segalanya yang pernah dikongsikan selama ni, segala yang pernah dilalui selama ni...tidak akan lagi sama seperti dulu. walau mungkin hubungan yg dibina masih lagi boleh kembali terjalin, namun jalinannya tidak lagi akan sekuat dan sekukuh dulu.sebagaimana kata orang

"air yang jernih di dalam bekass yang berdebu...pastinya ia akan jernih kembali, tetapi tidak ak.an sama seperti dulu.."


begitulah juga KEPERCAYAAN Kerana sekali ianya dikhianati, maka pastinya tidak akan kembali seperti dulu..... so, berhati2 jangan sampai ada yang memencilkan diri darimu kerana merasakan KEPERCAYAAN yang diberikan kepadamu telah kau khianati!!!!




Saturday, January 21, 2012

kawan

sekali lagi entri aku berkaitan dengan insan yang bergelar "kawan" ni. xtahu la kenapa...kebelakangan ini kawan-kawan di sekeliling aku semua mcm nk wat perangai...ataukah tu maksudnya aku sebenarnya yg buat perangai secara xsedar??? xtahula... apa yg pasti, hidup aku 2-3 menjak ni memanglah xberapa nak tenteram. siapa??? kenapa??? bagaimana????? adusssssssssssssssss.... ni la jugak persoalan yg selalu main2 kt kepala hotak aku nih sampai buatkan aku rase nak termuntah.

haishhhhhhhhhhhhhhhhhh.... susah jugak kalau takdir aku ni dok berpusing-pusing ke arah yang sama je. asyik dapat kawan yg over segalanya over. over concern, over protective, over sensitive dan kdg kala over acting. asyik2 aku nk kna pujuk. mati la weiiii... ko ingat ko tu ssape?? mak aku??? makcik aku??? laki aku????? tolonglah, kalau ko nk orang jaga ati ko, ko pon stat la jaga ati orang. sikit2 nak merajuk, sikit2 nak merajuk. piiiiirrrahhhhhhhhh. xlarat nak layan!!!!

aku nak jalan ngan kawan xboleh, nk makan kt luar ngan kwn xboleh, nk gbersukan ngan kawan xboleh, pas tu apa je yg boleh???? 24 jam bertempek ngan ko??? dok bwh ketiak ko??? tidur sebantal dan sekatil ngan ko??? TOLONG lah wei.... aku ada hidup aku gak. kenapa ko nak kontrol2, sdgkan aku bkn ko pny puppet. kalau ko pon bleh kluar suka ati ko, knp aku buat ko nak marah??? xpaham btol. klau dah jeles sgt, meh le tukar skolah, masuk satu skolah ngan aku. susah?????

hishhh.... xabis nak marah lagi nih, tp xtahu dah nk beraksi macamana. yg aku tau...mmg hidup kt umah ni 2-3 menjak ni mmg sgt xbest. sesangat sesangat ssangatnye xbest. kalau aku ada kekuatan , mau je aku pindah umah. senang... orang kate kalau kita nk kekalkan hubungan kita sebagai kwn baik, jgn dok satu rmh. dulu aku terpikir gak yg statement tu xbetui...rupanya skanrang baru aku tau, statement mmg teramat tepat!!! nyesal??? xde la sampai ctu kot...sbb klu xtry duduk sama agaknye sampai skang la aku xtau keadaan sebenar, perangai sebenar. hmmm.. xpe la, sabarje la wahai hati. sampai tempohnye nnt ok la menopousnye tu..... hahahaha

OK, dah reda skit marah ni, so....................... chow chi choWWWWWWWW!!!!!

















Wednesday, January 18, 2012

kawan

hari ni aku terasa nak bersentimental sedikit. memang la aku selalu sentimental tambah2 lagi kalau bercakap pasal family atau kawan. sepanjang aku hidup ni, selalu aku dengar macam jenis kata2 yang ditujukan kepada kawan2...ada yang baik dan ada juga yang sebaliknya. dulu2 di masa kecilku, aku sering fikir yang kawan aku mase tu adalah kawan2 yang akan aku bawak sampai mati. sedangkan di setiap peringkat hidup aku, aku terjumpa lagi dengan kawan2 yang baru. sejak dari zaman kanak2, sekolah rendah, middle skul, high skul, chambering, DPLi, praktikal dan akhirnya aku di sini sekarang...yg sedang memegang jawatan guru.

di sepanjang perjalanan ini jugalah, macam2 jenis kawan dah aku jumpa... ada antaranya yang aku kira memang terrrramatlah baik sampai rase sayang sgt bila nk berpisah. ada plak yang jenis bermusim...kalau musim xbetul, perangainya pon ikut xbetul. ada plak yg dia tidaklah begitu rapat dengan aku, tp dia adalah merupakan orang yang paling aku rase selesa to be with.

Kata orang....kawan ketawa senang dicari, tp kawan menangis belum tentu lagi ada. hmmmm... x tahu la aku, kadang2 aku terasa aku ni mungkin bukan berada di kalangan atau golongan kawan yang digemari. adakalanya aku pon xpaham bila seseorang ada ketikanya sangat la kononnya baik ngan aku, tapi kalau ada benda yg gembira2 tidak pulak dia ingatkan aku. tersisih, sakit hati, jeles.... mungkin itu la yg boleh aku simpulkan perasaan aku ketika ini. kadang2 perbuatan sesetengah kawan membuat aku terasa sangat la menyampahkan aku (kami exactly)..hehe.

yg jadikan aku xpuas hati, kalau susah...merengek2 la nk mtk tolong, pinjam itu pinjam ini, mtk temankan, mtk dtumpangkan.. tp kalau ada je benda yg boleh menggembirakan dia walau pon sekelumit, langsung tidak dikhabarkan padaku. kata pepatah ada menyebut "true frens bring out the BEST in each other" tp benda tu xaku jumpai dlm diri kwn aku nih. mgkin tu menunjukkan yg dia ni tdklah se"true" mana dgn aku kot.

walau kdg2 aku nak je pejam mata dari tengok senario2 tu, nak cuba pekakkan telinga dari mendengar cerita2 gembira dorang...ternyata aku kalah. oh Allah...pliz help me. pliz meke the patience in me stronger ang even stronger.... aishhhhhh